A. Razak?

Dilahirkan pada di Kg. Telok Wang, Sg. Petani, Kedah. Merupakan anak ke-3 daripada 5 orang adik beradik. Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana dalam suasana kedamaian kampung. Mendapat pendidikan awal secara formal di Sekolah Kebangsaan Sg. Pasir, Sg.Petani (1988-1993). Selepas peperiksaan UPSR, beliau menyambung pelajaran ke Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah (SMKAK), Alor Setar, Kedah (1994-1998). Di sinilah pelbagai ilmu ditambah, pelbagai bakat diasah dan segala pengalaman bercambah.

Pada tahun 1998, mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Petaling Jaya (1999-2001), kemudian terus ke kampus Utama UIAM, Gombak dalam Kuliyyah Ilmu Wahyu & Sains Kemanusiaan (2001-2005).

Selepas tamat di UIA dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Ilmu Wahyu & Sains Politik, beliau adalah antara 6 orang pelajar Malaysia yang dipilih untuk mengikuti pengajian di Institute for Training of Imams and Preachers, Muslim World League, Saudi Arabia. Semasa di sini, sekali lagi beliau menunjukkan prestasi yang cemerlang dengan berjaya menduduki top 5 daripada keseluruhan pelajar yang mewakili negara masing-masing. Selepas pulang ke Malaysia pada tahun 2007, beliau menyambung pengajian di peringat Sarjana (Master) di UIA, dalam bidang Pengajian al-Quran dan al-Sunnah hingga sekarang.

Selain cemerlang dalam bidang akademik, Abd.Razak juga bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum. Di samping itu, beliau juga mempunyai bakat di dalam bidang kepimpinan. Antara jawatan yang disandang semasa di sekolah ialah:

  1. Ketua Pengawas Asrama (1998),
  2. Timbalan Pengerusi Badan Pengawas merangkap Timbalan Ketua Umum Pelajar (1998),
  3. Presiden Persatuan Pendidikan Islam (1998)
  4. Pustakawan Sekolah (1997-1998)
  5. Setiausaha Persatuan Silat Seni Gayong (1998)
  6. Bendahari Koperasi Sekolah (1997)
  7. Exco Persatuan Bahasa Arab (1997)
  8. AJK Rumah Sukan Utarid (1998)
  9. Naib Pengerusi Lajnah Da’wah & Tarbiah Asrama (1996)
  10. Ahli Kumpulan Nasyid Sekolah (1997-1998)
  11. Ahli Kelab Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) (1997-1998

Anugerah & Pengiktirafan

Disebabkan ketokohan beliau di dalam bidang kepimpinan dan sumbangannya yang lain, beliau telah dianugerahkan dengan beberapa anugerah antaranya ialah:

  1. Anugerah Tokoh Pemimpin Asrama Negeri Kedah (1998)
  2. Anugerah Tokoh Pemimpin Pelajar (1998)
  3. Anugerah Pelajar Mithali (1998)
  4. Anugerah Khas sempena sambutan Maal Hijrah peringkat Negeri Kedah oleh DYMM Sultan Kedah (1997)

Beliau juga pernah mewakili negeri Kedah dalam pertandingan Syarahan bahasa Arab peringkat kebangsaan, mewakili sekolah dalam pertandingan Forum Remaja, nasyid, di samping menyertai pelbagai kursus-kursus dan program-program yang lain sama ada yang dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri mahu pun NGO-NGO.

Bakat dan ketokohan yang dianugerahkan kepada beliau tidak terhenti begitu saja. Semasa di Universiti Islam Antarabangsa, Abd. Razak turut sama memberikan sumbangan di dalam aktiviti ko-kurikulum mahasiswa. Antara aktiviti yang pernah beliau terlibat ialah

  1. Sekretariat Da’wah & Tarbiyah, Kelab Ma’ruf, UIA (2004)
  2. Naqib Halaqah IIUM (2003-2005)
  3. Pengarah, Seminar Kebangsaan: Mengenali Pemikiran Syiah (2004)
  4. Pengarah Program Kembara Ilmu ke Makkah al-Mukarramah & Madinah al-Munawwarah dengan kerjasama Islamic Da’wah & Guidance
  5. Ketua Biro Pendaftaran, Seminar Fiqh Kebangsaan: Mazahib Arba’ah: Antara Perbezaan & Penyatuan (2004)
  6. Ketua Biro Persiapan & Teknikal, Seminar Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenan Fakta & Pembohongan Sejarah
  7. Exco Biro Koordinator Program & Protokol, Festival Kelab Ma’ruf (2004)
  8. AJK Islamic Mega Carnival 2004 (i-mec), anjuran Persatuan Pelajar Ilmu Wahyu
  9. AJK Biro Persiapan & Teknikal, Program Nur Ramadhan (2002)
  10. AJK Biro Koordinator Program, Pesta Konvokesyen UIAM (CONVEST) (2002)
  11. Peserta International Seminar: Muslim Youth & Contemporary Challenges
  12. Dipilih untuk menyertai Kursus Intensif Pengajian Islam & Bahasa Arab anjuran Universiti Islam Madinah al-Munawwarah, (2002)
  13. Fasilitator Program Latihan Musyrifah, Pusat Matrikulasi UIA (2001)

Di samping aktif dengan aktiviti kampus, beliau juga terlibat dalam mengendalikan pelbagai kursus-kursus kepimpinan, kem motivasi, khemah ibadah untuk peringkat remaja dan belia. Berpengalaman sebagai perunding latihan dan fasilitator serta pernah terlibat dengan beberapa buah konsultan yang mengendalikan program-program latihan dan motivasi.

Pada pertengahan 2004, beliau telah melangkah setapak lagi dalam mencipta kecemerlangannya. Beliau mula berjinak dalam bidang penulisan. Sehingga kini beliau telah berjaya menghasilkan 5 buah buku bina insan yang ditulis bersama dengan Sdr. Ahmad Fadzly Yusof (Konsultan Kanan, RK Training & Management), yang diterbitkan oleh PTS Publications Sdn.Bhd. Buku-buku tersebut ialah:

  1. Resipi Kejayaan Untuk Remaja (2004)
  2. Resipi Kejayaan Untuk Pengawas (2005)
  3. Resipi Kejayaan Untuk Ketua Biro (2006)
  4. Resipi Kejayaan Untuk Bendahari (2006)
  5. Panduan Dan Asas (PDA) Mengurus Masa (2006)

Bakat beliau dalam bidang penulisan ini masih diteruskan hingga sekarang. Nantikan terbitan buku-buku terbaru karangan beliau. Selain itu beliau juga aktif di dalam penulisan artikel-artikel ilmiah dan kertas kerja.

Sehingga kini puluhan artikel dan kertas kerja yang telah ditulis dan sebahagiannya pernah disiarkan di akhbar Utusan Melayu dan Majalah i, terbitan Karangkraf Sdn. Bhd

Beliau juga pernah terlibat dengan panel penterjemah (Bahasa Arab – Bahasa Melayu) di bawah Syarikat Karangkraf. Panel penterjemah ini telah berjaya menghasilkan terjemahan koleksi fatwa hukum hakam Islam daripada para ulamak.

Pada tahun 2007, pihak Open Universiti Malaysia (OUM) telah melantik beliau sebagai penulis modul untuk program baru yang ditawarkan iaitu Sarjana Muda Keguruan (Pendidikan Islam) Dengan Kepujian, untuk subjek ‘Ulum al-Quran & ‘Ulum al-Hadith.

Sehingga sekarang beliau terus memberikan tumpuan di dalam bidang penulisan selain diundang untuk memberi ceramah dan mengendalikan program-program latihan di peringkat belia dan remaja. Beliau sekarang terlibat secara langsung sebagai perunding latihan di RK Training & Management, sebuah konsultan yang menyediakan khidmat latihan untuk pelajar sekolah, IPT dan korporat

Akhirnya, pada bulan April 2007, blog beliau www.abdul-razak.com telah dilancarkan dengan bertemakan ‘Motivasi Dari Ilmu Islam’ (MODARIS). Harapan beliau, supaya dapat berkongsi idea dan pengalaman dengan para pembaca sekelian walaupun pengalaman yang ada hanya sekelumit cuma. Namun, tangan ini sentiasa terbuka untuk menerima pandangan, tunjuk ajar dan nasihat dari anda semua

* Biodata ini diambil daripada buku-buku tulisan beliau, terbitan PTS Publications