Karya Modaris

Amalan hadis palsu yang disandarkan sumbernya kepada Rasulullah boleh merosakkan pegangan umat Islam. Jika tidak dibendung, dikhuatiri menimbulkan amalan yang dianggap sahih tetapi sebenarnya adalah terpesong daripada ajaran Islam. Usaha serius perlu digarap bagiĀ  mendedahkan hadis palsu yang wujud dikalangan masyarakat kini.

Buku 40 Hadis Palsu Popular ini membincangkan perkara asas berkaitan hadis palsu yang berlegar di dalam masyarakat. Himpunan hadis palsu ini dikumpul daripada sumber yang dipercayai bagi menjamin pendedahannya berdasarkan bukti yang kukuh.

Harga: RM9.00

Harga BookCafe: RM7.65

Akademi Ramadan terbuka buat semua! Penerimaan kemasukan hanya setahun sekali, Pelajar perlu bersedia daripada segi rohani dan jasmani, Tujuan akhir adalah kembali kepada fitrah insani, Menjadi hamba yang taat kepada Tuhan langit dan bumi. Akademi ini mengajar erti kehidupan! Tiada beza darjat dan harta, Miskin dan kaya dirai serupa, Asal hati reda menerima, Terus berusaha sedaya upaya. Seseungguhnya Akademi Ramadan adalah hadiah daripada pencipta kepada hamba-hamba-Nya.

Harga Pasaran: RM3.00

Harga BookCafe: RM2.62