Diari 9.9.06 (episod 4)

depan-rabitah.jpg

Bahagian hadapan bangunan pentadbiran Rabitah ‘Alam Islami 

Hari pendaftaran

11/9/06- Hari ini aku dan kawan-kawan Malaysia yang lain akan mendaftar di Ma’had I’dad al-Aimmah wa al-Duat (Institute for Training of Imam and Preachers). Institut ini merupakan salah satu institusi pendidikan yang diuruskan oleh Rabitah ‘Alam Islami (Muslim World League), Mekah al-Mukarramah. Lokasinya terletak di Umm al-Jud (jalan lama dari Mekah ke Jeddah). Bagi yang pernah ke Mekah, tempat ini terletak berhampiran dengan Muzium al-Haramaian.

Setiap tahun, institut ini akan memilih lebih kurang 80 orang pelajar pelbagai negara dari seluruh dunia. Alhamdulillah, untuk sessi pengajian kali ini, aku antara yang terpilih bersama 5 orang pelajar Malaysia yang lain.

Pagi-pagi lagi kami telah bersiap untuk bertolak ke institut ini. Kami menaiki teksi. Tambang yang dikenakan dari rumah PPM yang terletak di Aziziyah ke Umm al-Jud lebih kurang RS 15-30 riyal (bergantung kepada kemahiran berunding dengan pemandu teksi). Setelah lebih kurang 20 minit perjalanan, kami pun sampai di institut tersebut. Inilah kali pertama kami sampai di sini. Aku dan kawan-kawan terus ke pejabat. Kelihatan beberapa orang pelajar dari negara-negara lain telah lama sampai. Ada yang dari Indonesia, Pakistan, Bangladesh, Rusia dan beberapa negara lagi.

Setelah menunggu giliran, akhirnya sampai waktu untuk kami mendaftar. Pegawai yang bertugas di sini ialah Syaikh Abdullah Sughair. Sesuatu yang aku kagum dan hormat ada pada peribadi pegawai ini. Nanti, akan ku ceritakan peribadinya yang patut dicontohi. Selepas selesai urusan pendaftaran, kami masing-masing diberi duit poket RS 200 riyal sebagai pendahaluan.

Kemudian, kami dibawa ke asrama sementara yang menempatkan semua pelajar institut ini. Asrama sementara ini terletak di Mina, betul-betul dalam kawasan perkhemahan ketika musim haji. Kata orang, di tanah suci ini, akan ada pelbagai dugaan dan cabaran dalam pelbagai bentuk. Apa yang penting, sifat sabar dan redha dengan ketentuan, akan menyebabkan kita sentiasa tenang dan gembira.

Dalam perjalanan, kami tidak sabar-sabar untuk masuk ke asrama. Perasaan begitu teruja. Sampai saja di Mina, kelihatan sebuah bangunan besar yang dimiliki oleh Rabitah ‘Alam Islami. Ada lebih kurang 4 tingkat. Kami dibawa naik menaiki tangga satu tingkat demi satu tingkat. Aku mengagak dalam hati, mungkin bilik kami di tingkat empat kot…Tapi, bila sampai tingkat empat, kami dibawa naik satu lagi tangga yang menuju ke atas bumbung.

Sampai di atas bumbung, kami dimaklumkan, inilah asrama kami. Dalam hati: “Biar betul syaikh ni?”…Tapi, aku pasti ini bukan lagi “cobaaaan’, ini memang betul2. Di atas bumbung ini disediakan beberapa buah kontena besar. Satu kontena seoalah-seolah satu bilik. Siap dengan econdition lagi. Mula-mula, agak terkejut. Tapi memikirkan kembali, aku harus redha. Mungkin ini antara dugaannya.

Jadi, tinggalkan semua pelajar institut ini di dalam kontena atas bumbung ini. Kami dimaklumkan bahawa ini hanya sementara, sebelum menunggu asrama baru siap. Tapi, “sementara” itu, tidak punyai had waktunya. Tinggallah kami disini menjalani kehidupan harian sebagai seorang pelajar. Tapi, yakinlah, setiap kesusahan itu pasti akan diiringi oleh kesenangan..Tunggu, episod-episod menarik yang penuh dengan warna-warni dalam kisah pelajar Rabitah ini….

dsc00301.jpg

Pemandangan bangunan pentadbiran Rabitah dari atas bukit

 

dsc00098.jpg

Bahagian hadapan pintu masuk bangunan Institut for Training of Imam & Preachers

org-penat.jpg

Sempat lagi tidur…maklumlah..penat belum habis

17112006129.jpg

 Pintu masuk ke bangunan asrama Rabitah di Mina

17112006127.jpg

Inilah asrama 5 tingkat milik Rabitah….adakah ini tempat tinggal kami?…nantikan episod seterusnya…

One thought on “Diari 9.9.06 (episod 4)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *