RFC:Mari ramai-ramai ke Sg.Petani

2555484599_05fda06a2b.jpg2555503847_756ecfc9c0.jpg2556326168_27e85d4428.jpg2556312190_2bab635e61.jpg2555498929_92e52a6a2b.jpg2556331014_b5e04f88f4.jpg2556328054_ac50656488.jpg2556325912_629be64e48.jpg2556325894_78bd1a9f87.jpg2555499145_65c76afd38.jpg2555499039_9be4b5fe91.jpg2555498889_5f81a7104e.jpg 

2 minggu lepas saya berkesempatan pulang ke kampung untuk menziarahi mak ayah dan adik beradik yg lain.Dah kerap saya balik kampung, tapi kali ni banyak perkara menarik yg berlaku. Salah satunya yg saya boleh kongsi ialah suatu malam selepas solat Maghrib, adik bongsu saya bertanya: Abang dah tau RFC?

“Dah tau”, saya jawab tp cuba meneka sebenarnya.

“Ha…apa dia?, tanya adik saya kembali..

“R….tu…R..tu” saya tak ada idea utk mereka jawapan.

“Tak tau lal tu”..adik saya membalas….RFC tu RAdix Fried Chicken..

“Waa…kat mana? tanya saya bersemangat…

“Lagenda Height, SP”

“Ok…esok kita pi”..terus saya memberi keputusan tekad.

Esokknya, selepas Asar, saya bersama adik saya pun ke Lagenda Height, Sg.Petani..Cari-cari punya cari, pusing punya pusing, akhirnya kami pun berjumpa dengan bangunan RFC….Tersegam megah berwarna merah. Kami pun terus masuk.Alangkah terkejutnya kami. Orang sangat ramai. Semuanya beratur panjang di semua kaunter yang dibuka. Kalau ikut lapar, saya tak la lapar sangat. Namun, demi sokongan  kepada bisnes Muslim dan keinginan utk merasa sendiri, saya mengambil keputusan utk turut beratur. Sabar kami menunggu. Akhirnya setelah hampir 1 jam kami beratur, sampailah giliran kami..Terus saya beli satu set dan kami pulang makan bersama-sama dengan family..

Memang tidak mengecewakan….!!! RFC adalah sebuah restoran yg dibuka oleh HPA Industries. Pihak pengurusannya mensasarkan akan membuka lebih kurang 20 cawangan RFC di seluruh negara menjelang 2009. Di RFC, ayam yang digunakan adalah ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA dan ianya bebas dari vaksin, kerana ia menggunakan herba sebagai makanan seperti daun mambu, tongkat Ali dan kunyit.

Cerita panjang-panjang pun tak kan sama dengan merasanya sendiri. Jadi, jemputlah mai ke Sg.Petani. Pi Lagenda Height. Cari RFC..Ajak kawan-kawan sekali. Mari kita sokong satu lagi bisnes orang Islam, 100% bumiputera.

2 thoughts on “RFC:Mari ramai-ramai ke Sg.Petani

  1. “Di RFC, ayam yang digunakan adalah ayam organik yang diternak sendiri oleh HPA dan ianya bebas dari vaksin, kerana ia menggunakan herba sebagai makanan seperti daun mambu, tongkat Ali dan kunyit.”

    ayam pon makan tongkat ali?? kompom banyak beteloq hahahah

  2. salam ust..umr adk brp?amboi..ngan adk pon nak auta ka..huhu..mcm x adil jerk kat SP ada RFC n hotel HPA..kt KL xda pon..huhu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *