Gerhana Bulan: Bukti Kebesaran Tuhan

Pada awal pagi 17 Ogos 2008, kita akan berpeluang untuk menyaksikan Gerhana Bulan Separa dari jam 2:25 pagi hingga 6:29 pagi. Kali terakhir gerhana seumpana ini dapat disaksikan adalah pada 8 September 2006.

Secara amnya gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang Bumi.
Gerhana pada 17 Ogos ini akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada jam 02:25 pagi waktu Malaysia.

Walau bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra Bumi yang kurang gelap.
Gerhana yang jelas dapat dilihat semasa Bulan memasuki bayang umbra Bumi ( U1 ) mulai jam 03:36 pagi sehingga gerhana maksimum pada 05:10 pagi. Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada jam 06:44 pagi tetapi Gerhana Bulan Separa pada kali ini hanya akan dapat disaksikan sehingga 06:29 pagi sahaja apabila bulan terbenam
pada jam 06:29 pagi di Semenanjung Malaysia.
Rakyat di Semenanjung Malaysia akan berpeluang menyaksikan Gerhana Bulan Separa daripada fasa penumbra (P1) hingga fasa umbra (U4) manakala rakyat di Sabah dan Sarawak hanya berpeluang menyaksikan gerhana daripada fasa penumbra (P1) hingga fasa maksimum sahaja memandangkan waktu Bulan terbit dan terbenam yang berbeza mengikut lokasi.

Untuk keterangan lanjut, sila layari www.angkasa.gov.my
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *