Category Archives: Motivasi dari al-Qur’an

3 Paksi Muslim

3 tiang

Ketahuilah wahai saudaraku – mudah-mudahan dirahmati Allah-,

Sesungguhnya setiap Muslim itu wajib untuk mengetahui tiga perkara asas dan beramal dengannya:

Pertama: Mengetahui bahawa Allah swt yang telah menciptakan kita, memberikan rezeki dan tidak membiarkan kita sia-sia begitu sahaja, malahan diutuskan kepada kita Rasul. Maka barang siapa yang taat kepadanya akan masuk syurga dan sesiapa yang mendurhakainya akan masuk neraka. Firman Allah swt:

{ الله أعلميتبشسبعايسشبشسقا ىصثقخضصهع ثصةثصعغع }

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah mengutuskan kepada kamu (hai orang kafir Mekah) seorang Rasul, yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah mengutus (dahulu) seorang Rasul kepada Firaun. Maka Firaun mendurhakai Rasul itu, lalu Kami siksa dia dengan siksaan yang berat. (Surah al-Muzammil: 15-16)

Continue reading 3 Paksi Muslim

Siapa syaitan manusia?

 Fitnah -merupakan kalimah bahasa Arab- dan boleh membawa maksud: ujian, cabaran, kekalutan, bala dan siksaan. Istilah fitnah ini juga boleh membawa maksud “syirik dan kufur”.

Tetapi kebanyakan istilah “fitnah” yang digunakan mengandungi maksud “ujian dan cabaran” (kepada keimanan) yang mana ianya telah menjadikan ramai manusia telah terseleweng dari landasan yang sebenar dan mereka tidak mampu untuk menghadapinya. Akhirnya hanyut bersama-sama ujian dan cabaran yang dihadapi tersebut. Inilah fitnah yang menyesatkan, ianya amat dibimbangi oleh Nabi saw bahawa ia akan menimpa umatnya. Renungilah pesanan Baginda saw di dalam hadisnya yang sahih:

Maksud: Bersegaralah di dalam melakukan amal (soleh), (kerana akan tiba suatu keadaan) fitnah seperti potongan malam yang gelap, seorang lelaki yang beriman di waktu pagi, akan menjadi kafir pada petangnya, yang beriman di waktu petang, akan kafir pada keesokan paginya, dia menjual agamanya dengan gadaian dunia. (Riwayat Muslim) Continue reading Siapa syaitan manusia?