Category Archives: Motivasi Hadis

3 Paksi Muslim

3 tiang

Ketahuilah wahai saudaraku – mudah-mudahan dirahmati Allah-,

Sesungguhnya setiap Muslim itu wajib untuk mengetahui tiga perkara asas dan beramal dengannya:

Pertama: Mengetahui bahawa Allah swt yang telah menciptakan kita, memberikan rezeki dan tidak membiarkan kita sia-sia begitu sahaja, malahan diutuskan kepada kita Rasul. Maka barang siapa yang taat kepadanya akan masuk syurga dan sesiapa yang mendurhakainya akan masuk neraka. Firman Allah swt:

{ الله أعلميتبشسبعايسشبشسقا ىصثقخضصهع ثصةثصعغع }

Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah mengutuskan kepada kamu (hai orang kafir Mekah) seorang Rasul, yang menjadi saksi terhadapmu, sebagaimana Kami telah mengutus (dahulu) seorang Rasul kepada Firaun. Maka Firaun mendurhakai Rasul itu, lalu Kami siksa dia dengan siksaan yang berat. (Surah al-Muzammil: 15-16)

Continue reading 3 Paksi Muslim

Jalan Pulang Ke Pangkuan Allah Terlalu Luas

jauh15.jpg

ANTARA keistimewaan Islam yang agung ini adalah jalan pulang ke pangkuan agama ini amat luas terbuka dan tidak membebankan. Peluang seorang insan kembali ke pangkuan keampunan dan keredaan Allah tidak pernah disekat oleh sebarang jarak waktu, latar diri, keturunan, atau harta.

Sesiapa yang ingin pulang ke pangkuan Allah tidak pernah dihalang oleh agama ini disebabkan jenis dosanya atau keturunan, usianya yang lanjut, atau apa sahaja.

Seseorang yang ingin kembali kepada Allah diterima oleh kerahmatan-Nya dengan syarat insan tersebut menyesali kesilapannya, benar-benar memohon keampunan dan berazam tidak mengulangi kesalahan lalu.

Jika kesalahan itu sesama insan lain, dia memohon maaf dari yang dizalimi. Jika tidak mampu, bimbang mudarat yang lebih besar jika permohonan maaf dibuat, serahkan sahaja urusannya itu kepada Allah dan Allah Maha Mengetahui kadar kemampuan hamba-hamba-Nya.

Firman Allah dalam surah Ali ‘Imran 135-136:

(maksudnya) Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah – dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang- orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal.

Islam bukan seperti sesetengah ajaran yang menyuruh seseorang yang berdosa membuat pengakuan di hadapan orang agama, atau melakukan upacara yang menyeksa diri demi penghapusan dosa seperti melukakan diri atau berjalan atas bara api atau membuat bayaran penebusan. Continue reading Jalan Pulang Ke Pangkuan Allah Terlalu Luas

Solat Khusuf??? Tak pernah dengar pun…

36-381.JPG

Sesungguhnya matahari dan bulan itu adalah dua tanda daripada tanda-tanda kekuasaan dan kebesaran Allah. Gerhana tidak berlaku disebabkan mati atau hidupnya seseorang. Maka, apabila kamu melihat gerhana, berdoalah kepada Allah, bertakbir (menyebut Allahuakbar), bersolat dan memberikan sedekah” (Hadis direkodkan oleh al-Bukhari (no.1044) dan Muslim (no.901)

Alhamdulillah…bersempena berlakunya gerhana bulan pada pagi 17 Ogos (Ahad), solat gerhana  atau disebut solat khusuf/kusuf telah didirikan di Masjid UIA Gombak. Bermula seawal jam 3.30 pagi dan berakhir pada jam 5.00 pagi. Dengan alunan suara imam yang baik, satu surah Ali-Imran telah dibaca semasa solat tersebut . Inilah diantara amalan-amalan sunnah yang digalakkan oleh Rasulullah saw untuk kita amalkan berdasarkan hadis-hadis Baginda yang sahih. Continue reading Solat Khusuf??? Tak pernah dengar pun…

Tawaran istimewa di bulan Sya’ban

Oleh:

Abd al-Razzaq bin A.Muthalib

 

senja.jpg

Dan tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu kecuali untuk mengabdikan diri kepada-Ku“.  (al-Zaariyat: 56).

Satu perkara yang penting dan perlu diberi perhatian ialah segala bentuk ibadah ini tidak akan diterima oleh Allah swt melainkan jika ia dilakukan dengan penuh keikhlasan serta  menepati cara yang dilakukan dan diperintahkan oleh Rasulullah saw. Maka sebarang bentuk ibadah yang tidak memenuhi dua syarat ini, tidak akan diterima oleh Allah, apatah lagi untuk diberikan ganjaran. Allah Azza wa Jalla berfirman:

Maksudnya: “Maka barangsiapa yang percaya dan mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah dia melakukan amalan soleh dan janganlah mempersekutukan sesiapa pun di dalam ibadah kepada Tuhannya” (al-Kahfi: 110). Continue reading Tawaran istimewa di bulan Sya’ban

DUNIA HARI INI….DI MANA KITA???

Rasulullah saw telah menyatakan bahawa akan berlakunya suasana kekalutan yang penuh dengan ujian dan cabaran. Baginda saw juga telah menerangkan bahawa tidak ada jalan lain untuk selamat daripada suasana ini kecuali dengan berpegang sekuat-kuatnya dengan ajaran al-Quran dan sunnah Baginda saw. Daripada Amir al-Mukminin, ‘Ali r.a berkata:

Aku mendengar Rasulullah saw bersabda: ((Ketahuilah bahawa sesungguhnya akan berlaku fitnah (suasana kekalutan yang penuh ujian dan cabaran keimanan). Aku bertanya: Apakah jalan keluar daripadanya, wahai Rasulullah? Baginda menjawab: ((Di dalam kitab Allah (al-Quran) itu terdapat kisah-kisah tentang apa yang berlaku sebelum daripada kamu semua, di dalamnya ada perkhabaran tentang apa yang akan berlaku selepas daripada kamu, dan padanya ada hukum-hakam yang menjadi panduan untuk kamu semua. Maka ia adalah suatu keterangan yang nyata, dan bukanlah suatu gurauan. Sesiapa yang meninggalkan al-Quran disebabkan rasa angkuh, maka dia akan dibinasakan Allah. Sesiapa yang mencari petunjuk selain daripada petunjuknya, maka dia akan disesatkan oleh Allah. Al-Quran itu adalah tali Allah yang amat kukuh, ia adalah al-zikr al-hakim,dan ia adalah jalan yang lurus…)).

(Riwayat Imam Ahmad & al-Tirmizi).

Continue reading DUNIA HARI INI….DI MANA KITA???