Category Archives: Galeri aktiviti

PMR..Semoga kejayaan milik kalian!

 

From-Eldaterra-2009

PMR sedang berjalan. Kemungkinan minggu ini adalah minggu yang mendebarkan bagi pelajar-pelajar Tingkatan 3 seluruh Malaysia. Tetapi, mungkin juga ia merupakan minggu yang paling menyeronokkan dan dinanti-nantikan kerana segala usaha, persediaan yang dilakukan sebelum ini, maka inilah detiknya untuk ianya dipersembahkan. Tidak sabar-sabar untuk menantikan hasilnya dan mengecapi nikmat kejayaannya.

Apa pun, bagi adik-adik pelajar Tingkatan 3 (terutamanya bagi mereka yang telah sempat menerima khidmat rundingan dari RK Training) percayalah bahawa sebagai seorang insan, kita telah berusaha melakukan apa yang termampu. Adik-adik telah belajar bersugguh-sungguh, guru-guru telah mencurahkan segala ilmu dan petua, kami juga turut membantu memberi dorongan dan berkongsi pengalaman. Maka, yang tinggal sekarang ialah kita berserah dan bertawakkal kepada Yang Maha Menentukan segala sesuatu. Semoga Tuhan menentukan bahawa kejayaan adalah milik kita. Semoga adik-adik semua akan diberikan ketenangan dalam menjawab peperiksaan.

Kami menggilap kemahiran, anda mengecap kejayaan…!

p/s: Untuk adik-adik Eldatera, Sekolah Sri Puteri…buktikan kehebatan anda. Anda lebih hebat dari apa yang anda sangkakan..Hadiahkan kejayaan untuk mereka yang dikasihi..Semoga kenangan bersama RK Training akan sentiasa diingati. Kita bertemu lagi dipuncak kejayaan!

 

DSC04603

 

DSC04567

Wacana Ilmiah di UPSI

100_0620

 

100_06311

 

Ketika menjadi ahli panel forum sempena Wacana Ilmiah di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada 25 Julai 2009 yang lalu. Di sebelah saya ialah Prof. Dr. Supli Effendi Rahim (pensyarah UPSI). Forum kali ini membahaskan tentang “Menghayati Perjuangan Rasulullah s.a.w Dalam Pendidikan”. Terima kasih kepada pihak penganjur iaitu Persatuan Bahasa Arab UPSI yang telah sudi menjemput saya.

Semoga kita  semua bakal menjadi penyambung perjuangan Rasulullah dalam mendidik dan membina ummah yang bermaruah.

“Kembali Kepada Asal”

Pada 20-21 Dis yang lalu, saya telah dijemput untuk membentangkan satu kertas kerja kepada sekumpulan pelajar UIA, Kampus Kuantan. Kertas kerja tersebut bertajuk “Kembali Kepada Asal”. Berikut adalah pendahuluan kepada kertas kerja tersebut:

Pembuka bicara yang perlu dibaca

Lembaran sejarah mencatatkan betapa umat Islam ini diuji dengan pelbagai jenis fitnah, krisis dan kekeliruan pemikiran yang dahsyat. Agama Islam yang suci telah dicemari dengan berbagai-bagai unsur kesesatan, khurafat dan bidaah. Kemurnian Al-Quran dinodai dengan penyelewengan dan pengeliruan. Al-Sunnah pula terpaksa berhadapan dengan jenayah pemalsuan dan kejahatan mereka yang mengingkarinya. Ini semua adalah gambaran kepada fitnah yang dahsyat dan bencana yang buruk terhadap agama Islam.

Namun, agama ini tetap dipelihara oleh Allah Azza wa Jalla, kerana itulah janjiNya. Andaikan tidak, maka cukup sekadar satu sahaja fitnah dan bencana yang melanda, ia telah cukup membuatkan Islam ini menjadi porak peranda. Dasar-dasarnya akan dicela, panduan-panduannya akan dinoda, malah mungkin akan sampai tahap dilenyapkan begitu sahaja, tanpa ada bekas tersisa. Continue reading “Kembali Kepada Asal”

Berilah makna pada hidup ini

spies-158-6.jpg

Pada 15-16 Dis 08 yang lalu, pihak MAP Consultant di bawah pimpinan Ym Dr.Tengku Asmadi telah berganding bahu dengan RK Training & Management bagi mengendalikan satu lagi program SPIES. Program ini diadakan di Kalumpang Resort dan melibatkan peserta yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi dari pelbagai IPT.

Semasa majlis penutup saya telah sampaikan satu peringatan berikut:

Sebagai orang beriman, kita cukup bertuah kerana mempercayai dan menyakini akan adanya hari Akhirat. Nasib di akhirat akan ditentukan bagaimana cara kehidupan kita di dunia. Oleh itu, berilah makna pada hidup ini. Terus menuntut ilmu dan menabur bakti. Beri sumbangan untuk umat, berjuang demi agama. Moga-moga kita akan hidup bahagia di sana“.

imgp3506.JPG

Tuan Hj. Fadzli Yusof (konsultan kanan RK Training) sedang mengendalikan satu sidang pleno

spies-158-2.jpg

Cuti yang berfaedah…

imgp3380.JPG

Semasa memberi ceramah motivasi kepada adik-adik peserta Kem Tahfiz 08, anjuran Masjid UIA baru-baru ini .Tahniah kepada ibu bapa yang telah membuat keputusan yang bijak dengan menghantar anak-anak untuk menyertai kem seperti ini. Syabas untuk adik-adik kerana mengisi waktu cuti dengan program yang bermanfaat..

Musim cuti sekolah telah bermula…kebetulan juga beberapa IPT tempatan juga turut cuti sem.Kesempatan cuti inilah peluang untuk para pelajar isi dengan “sesuatu”..Bagi mereka yang telah membuat perancangan awal, sudah tentu cuti ini akan padat dengan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat, sama ada untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan yang terlebih utama untuk umat dan agama…Bagi yang terlupa untuk membuat perancangan awal, dan terus terlupa untuk merancang, kemungkinan hari-hari cuti ini akan berlaku begitu sahaja tanpa disangka…Jadi, masih belum terlewat rasanya…ayuh, rancang pengisian waktu cuti kita…kemungkinan sudah terlambat..tapi pepatah cina ada mengatakan:

“Waktu terbaik untuk menabur benih adalah sepuluh tahun yang lepas,

waktu kedua terbaik ialah hari ini….”

“Kita mampu membeli jam yang mahal, tapi kita tidak boleh membeli mahalnya waktu”…(modaris)

“Islam in Hospital”

logo_upm.jpg 

Pada 1 November ini (Sabtu) saya akan berada di UPM untuk program berikut:

Program: “Islam in Hospital”, Peringkat Universiti Putra Malaysia 2008.

 

Tarikh: 1 November 2008 (Sabtu)

Tempat: Dewan Kuliah Utama, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM, Serdang.

 

Anjuran: Putra Medical Club, Fakulty of Medicine and Health Sciences, UPM

Tema: “Islam and Medicine: To Preserve Islam In Hospital”

 sakit.jpg

Dalam program sehari ini, saya akan membentangkan kertas kerja dan mengendalikan bengkel yang berkaitan dengan permasalahan fiqh untuk orang sakit. Topik utama yang akan disentuh ialah bagaimana seorang pesakit masih dapat menunaikan ibadat seharian walaupun dalam keadaan terlantar di katil hospital. Bagaimana fiqh Islam menyelesaikan permasalahan ini. Anda akan dapat rasai dan lihat betapa hukum fiqh Islam sangat mudah dan senang untuk dilaksanakan jika ianya berpandukan kepada dalil-dalil yang sahih.

Tidak ada lagi alasan bagi orang sakit untuk “meninggalkan” solat dengan sengaja ketika sakit, dengan hujah mereka akan qadha selepas sihat. Persoalannya, bolehkah qadha solat bagi orang yang sakit? Yakinkah yang dia akan sembuh dan sempat “qadha” solat yang telah sengaja ditinggalkan? Atau dia akan kembali mengadap Allah dalam keadaan tidak solat dipenghujung hayatnya? Atau ada yang tetap solat, tapi dengan niat untuk menghormati waktu. Selepas sihat nanti, solat tersebut akan diulang kembali. Musykil lagi, apa itu solat hormat waktu? Kenapa perlu ulang semula jika kita sudah solat? Sebabnya, itu hanya solat hormat waktu. Jadi, solat hormat waktu itu tidak valid lah, sampai perlu diulang kembali? kalau dah tahu tidak valid, kenapa kita tetap solat juga? Tidak adakah cara solat bagi orang yang sedang sakit, yang tidak perlu lagi diulang semula ketika sembuh nanti?

Tips-tips dan panduan daripada sunnah Rasulullah saw pasti akan memudahkan urusan kita semua, termasuk orang yang sedang sakit.  Nantikan jawapan-jawapan kepada persoalan ini dalam program “Islam in Hospital”….

Bersedia Dilatih Untuk Melatih

kuis_241008.JPG

Diantara barisan trainer SPIES yang mengendalikan program di KUIS baru-baru ini. Dari kanan: Puan Norlela, A.Razak, Tuan Faris, Tuan Zamri, Tuan Osman Affan, YM Dr. Tengku Asmadi, Tuan Haji Sabtu, Tuan Shamsuddin Kadir.

Trainer-trainer lain yang tiada dalam gambar ialah: Sifu Puan Ainon Mohamad, Tuan Fadzli Yusof dan Tuan Fauzul Naim

 

Pada 23-24 Oktober baru-baru ini saya bersama beberapa orang trainer lain mengendalikan satu kursus kepimpinan untuk sekumpulan pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS). Apa yang menariknya antara yang terlibat dalam mengendalikan program ini ialah mereka yang telah begitu banyak pengalaman dalam bidang latihan. Nama-nama seperti Puan Ainon, Dr. Tengku Asmadi dan Tuan Haji Sabtu adalah mereka yang hampir 10-30 tahun terlibat dalam bidang ini. Saya begitu bertuah kerana dapat melihat dan sekaligus belajar bagaimana cara mengendalikan kursus latihan yang baik. Terutamanya dalam sessi yang dikendalikan oleh Puan Ainon yang telah lama meninggalkan dunia latihan ini setelah hampir 30 tahun berkongsi ilmu dan kemahiran dengan masyarakat Malaysia. tetapi, untuk program kali ini, beliau bersutuju untuk terlibat sama demi “menurunkan” ilmu dan kemahiran yang dimiliki kepada trainer-trainer lain.

Apa yang penting, kita mesti bersedia untuk diajar dan dilatih, jangan “kurang belajar” dan cepat terasa letih….

kuis4.jpg

kuis6.jpg

Gambar diambil dari web Tuan Osman Affan (salah seorang trainer yang terlibat dalam program ini)

Seputar Majlis Iftar TAMRIN

Pada 24 September baru-baru ini telah berlangsung dengan jayanya majlis Iftar TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia) di Hotel De Palma Ampang. Majlis yang santai dan ringkas; tetapi sungguh bermakna- dengan kehadiran ramai trainer-motivator Islam yang datang dari bermacam latar belakang. Majlis bermula sejak pukul 7 petang, dan tamat sehingga 10 malam. Kehadiran adalah melebihi daripada jangkaan sebelum ini, iaitu seramai 50 orang.

Di sini saya kongsikan antara tetamu yang hadir dalam majlis tersebut: Continue reading Seputar Majlis Iftar TAMRIN