Category Archives: Cetusan minda

Takziah buat keluarga Ust Asri Rabbani

d85e

Takziah diucapkan kepada keluarga Ust. Asri Rabbani yang telah kembali pulang bertemu dengan Pemiliknya…Sesungguhnya tidak sedikit sumbangan Ust Asri terhadap perkembangan dakwah Islam di Malaysia, khususnya dalam menyediakan hiburan alternatif yang lebih bermanfaat dan dapat menyedarkan masyarakat. Kepulangan beliau merupakan satu kehilangan besar kepada dunia nasyid. Apa yang pasti, beliau telah lakukan apa yang termampu dalam memberi sumbangan mengajak manusia ke arah kebaikan. Kita doakan semoga beliau diampunkan dan dirahmati oleh Allah.

* Teringat kenangan lama ketika beberapa kali mengadakan persembahan bersama Ust Asri dan Kumpulan Rabbani. Ketika itu, saya aktif dengan salah sebuah kumpulan nasyid.. Semoga Allah Berkati Dunia Akhirat…..

Lakukan apa yang termampu, kerana Tuhan itu Maha Tahu

 Pada 10 Januari 09 (Sabtu), selepas mengendalikan satu bengkel kepimpinan dan pengurusan organisasi untuk barisan exco Persatuan Perubatan Islam Malaysia, Cyberjaya University College of Medical Sciences, Student Chapter, saya bergegas bergerak ke Stadium Melawati, Shah Alam untuk menyertai rapat umum yang dianjurkan oleh Aman Palestin.

Sampai sahaja saya di sana, kelihatan ribuan rakyat Malaysia yang berhimpun dan mendengar ucapan daripada wakil-wakil NGO dan parti politik yang ada. Tahniah kepada mereka yang hadir. Pada hemat saya, kehadiran ribuan masyarakat yang prihatin ini adalah untuk memberi sokongan kepada usaha-usaha pihak penganjur dalam rangka menghimpunkan dana.

Bagi saya, setiap manusia yang berjiwa manusia, mesti melakukan sesuatu yang termampu bagi membantu rakyat Palestin, khususnya di Gaza dalam menghadapi situasi sekarang ini.

 Mungkin ada orang yang komen, sudah banyak kali orang berhimpun dan melaungkan kata-kata semangat, tetapi adakah itu semua berkesan? Adakah suara kita itu dapat didengari oleh rejim Zionis yang keparat itu? Maka, ramailah pihak atau pun individu yang tampil memberi komen atau kritikan. Dicadangkanlah teori-teori tertentu. Sepatutnya dibuat begini, bukan begitu. Yang lebih berkesan dibuat begini, bukan macam itu…dan berbagai-bagai lagi..

Masing-masing mempunyai kemampuan tersendiri. Apa yang penting bertindaklah mengikut kemampuan. Asalkan ia bertepatan dengan syariat. OLeh itu, lakukanlah apa yang termampu, kerana Tuhan itu Maha Tahu….

155_0070.jpg

155_0069.jpg

155_0067.jpg

155_0073.jpg

155_0075.jpg

155_0078.jpg

Menuju Senja 1429

 

 senja.jpg

Senja 1429 Hijrah semakin hampir. Alhamdulillah. Marilah kita melafazkan rasa syukur buat kesekian kalinya diatas kurniaan nikmat yang tidak terhingga selama ini. Segala puji bagi Allah juga kita panjatkan kehadhrat-Nya yang telah menciptakan masa dan menyediakan di samping masa tersebut kelebihan-kelebihan tertentu. Justeru, kita dapati ada bulan-bulan, hari-hari dan malam-malam tertentu yang istimewa dan disediakan dengan ganjaran yang berlipat kali ganda. Ini semua membuktikan rahmat dan kasih sayang dari Yang Maha Pencipta untuk sekelian hamba-Nya yang memberikan peluang untuk kita menambahkan amal soleh sebagai persediaan dan bekalan  sebelum dijemput pulang semula ke pangkuan-Nya.

Hakikatnya, hari-hari yang telah berlalu tidak akan kembali. Peluang yang ada mungkin hanya muncul sekali. Biarlah hidup dipenuhi dengan menabur bakti. Periksalah amalan diri setiap hari sebelum kita melabuhkan tirai hari ini. Tingkatkan amalan untuk hari-hari yang bakal muncul nanti. Tinggalkan kesilapan yang mencemar nilai diri. Semoga 1429 ini akan diakhiri dengan catatan amal soleh yang penuh beerti.

Yoga diharamkan…perlukah silat juga dikaji?

yoga-2.jpg

Yoga telah difatwakan haram di Malaysia. Keputusan ini berdasarkan fatwa yang telah dikeluarkan hasil perbicangan Majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan.

Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan:

“Setelah meneliti dan mengkaji hujah-hujah serta pandangan-pandangan yang berkaitan dengan Yoga maka, Ahli Muzakarah berpandangan dan berpendapat bahawa senaman Yoga yang berasal dari masyarakat Hindu sejak sebelum Masihi lagi yang menggabungkan amalan fizikal, unsur-unsur keagamaan, mentera dan pemujaan bagi tujuan tertentu seperti mendapatkan ketenangan dan kemuncaknya, penyatuan diri dengan tuhan atau tujuan-tujuan lain adalah tidak sesuai dan boleh merosakkan akidah seorang muslim.

Oleh itu, Ahli Muzakarah juga bersetuju dan memutuskan apa jua jenis atau bentuk amalan yang mengandungi unsur-unsur tersebut di atas adalah dilarang dan bertentangan dengan syariat Islam. Sementara pergerakan amalan fizikal tanpa unsur-unsur di atas yang dilakukan pada zahirnya tidaklah menjadi kesalahan. Namun demikian, masyarakat Islam dingatkan wajib berhati-hati dam berwaspada dari perkara-perkara yang boleh menghakis akidah seseorang muslim.

Seperti yang kita sedia maklum, perkara-perkara yang boleh menghakis akidah boleh berlaku dengan sebab-sebab berikut:

(1) kepercayaan atau keyakinan di hati.
(2) menerusi perkataan atau pengakuan dengan lidah.
(3) perbuatan.

Memandangkan terdapat dua elemen tersebut dalam amalan yoga, maka umat Islam wajib memelihara akidah mereka dari terhakis”.

Dari satu sudut, tahniah diucapkan kepada pihak yang berkenaan di atas pengeluaran fatwa ini. Apa yang kita faham, fatwa ini dikeluarkan demi menjaga akidah umat Islam agar tidak terpesong. Maka, keperihatinan dan kesungguhan pihak berkenaan untuk memelihara akidah umat Islam adalah suatu yang baik dan dipuji.

Cuma, mungkin sebagai satu lontaran pandangan. Kenapa hanya senaman yoga yang dikaji dan diharamkan? Adakah kerana ia bukan berasal dari seni dan warisan Melayu? Adakah senaman yang berasal dari agama atau budaya lain ini secara totalnya haram, tiada ruang lagi untuk diubah suai? Dibuangkan segala unsur-unsur yang haram, yang dikekalkan hanyalah pergerakan-pergerakan senaman yang menyihatkan badan.

Jika atas alasan yoga diharamkan demi memelihara akidah umat Islam yang mengamalkan senaman ini, bagaimana pula dengan seni silat warisan Melayu? Adakah semuanya memang suci murni dari unsur-unsur yang boleh mencemarkan akidah? Tidak ada langsung unsur-unsur khurafat, tahyul dan segala kepercayaan karut yang lain? Mungkin kerana silat adalah seni warisan Melayu, dan Melayu itu sinonim dengan Islam, maka automatik silat adalah sah disisi Islam. Ditambah pula dengan pakaian pengamalnya yang berbaju Melayu dan bersampin, ditambah lagi dengan tengkolok, maka kenapa perlu dikaji lagi? Bahkan, ada pula yang memberikannya wajah Islam dengan bacaan ayat-ayat tertentu. Ada yang diambil dari al-Quran dan tidak kurang juga mentera-mentera yang kadang-kadang sukar difahami maknanya. Faktor-faktor inilah maka silat dan seni warisan Melayu yang lain dilihat selari dengan Islam dari segi zahirnya.

Tolong baca juga perenggan ini….

silat.jpg

Harus diingat, penulis tidak menolak secara total seni silat dan warisan Melayu. Malah, penulis juga pernah belajar dan mengamalkan salah satu silat warisan Melayu ini. Yang dimaksudkan dalam tulisan ini juga, bukanlah seni silat dan warisan Melayu keseluruhannya.

Cuma, harapan penulis ialah, jika senaman yoga dikaji dan diharamkan atas alasan memeliharan akidah umat Islam, maka seni silat dan warisan Melayu juga perlu dikaji. Kemungkinan terdapat juga unsur-unsur khurafat, bidaah, tahyul malah amalan syirik yang mungkin lebih dahsyat lagi daripada yoga.

Bukan itu sahaja, jika alasannya demi menjaga akidah umat Islam, pihak berkenaan perlu perhatikan juga amalan-amalan, aktiviti sesetengah kumpulan, fahaman sesetengah ajaran yang lebih jelas bertentangan dengan Islam…Cukup sebagai satu contoh, ajaran Qadiani. Pengikut-pengikutnya masih bebas menganut fahaman songsang dan menjalankan aktiviti mereka. Dengan markaz tersergam indah, tiada pula pihak yang mengambil endah. Ini belum lagi dibincangkan amalan menyembah kubur yang memang terang-terang berlaku di bumi kita Malaysia ini.

Jika demi memelihara akidah, bukan yoga sahaja yang patut dikaji.

Yusof Estes dan Micheal Jackson: Bukti Hidayah Adalah Urusan Allah

 estes.jpg

Yusuf Estes

Peluang mendengar ceramah daripada pendakwah Yusof Estes secara langsung, tidak mahu saya lepaskan. Oleh itu, kunjungan beliau ke Malaysia dan mengadakan beberapa siri ceramah umum adalah suatu yang amat baik. Semalam, saya bersama beberapa orang teman sempat hadir ke salah satu siri ceramahnya yang diadakan di Dewan Utama, Masjid Wilayah, Jalan Duta. Jumlah mereka yang datang mendengar, boleh dibanggakan. Ceramah ini bukan sahaja menarik minat umat Islam, bahkan mereka yang masih belum menerima Islam.

Mungkin ada yang tertanya-tanya siapa Yusof Estes? Saya paparkan serba sedikit tentang latar belakang diri beliau.

Beliau adalah bekas paderi dan pendakwah Kristian dan merupakan salah seorang ahli perniagaan di Amerika Syarikat.

Dilahirkan dalam keluarga yang berpegang teguh pada ajaran Kristian di bahagian barat tengah Amerika Syarikat. Keluarga dan nenek moyang beliau bukan sahaja membina gereja dan sekolah di wilayah ini, malah mereka juga adalah kumpulan pertama yang sampai dan meneroka wilayah itu. Pada tahun 1949, semasa masih di sekolah rendah, keluarga beliau berpindah ke Houston, Texas. Ketika berumur 12 tahun, beliau telah dibabtiskan di sebuah gereja di Pasadena, Texas.

Sejak kecil, iaitu dalam tahun 50-an, beliau mula bekerja dalam industri muzik dan hiburan. Beliau bersama bapanya mengusahakan perniagaan kedai muzik serta program-program di televisyen dan radio. Beliau juga adalah seorang paderi dan sering menggunakan kuda kecil bagi menghiburkan kanak-kanak dengan menggunakan nama gelaran “Skippy the Clown”.

Beliau sangat meminati bidang muzik, terutamanya muzik klasik dan lagu-lagu agama atu gospel. Beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang agama dan muzik. Selepas tamat pengajian, beliau menjadi paderi muzik di banyak gereja. Selama 30 tahun, beliau bersama bapanya mengusahakan banyak perniagaan di sekitar Texas, Oklahoma dan Florida.

Pada awal tahun 1991, bapanya ingin memulakan perniagaan dengan seorang pedagang dari Mesir. Bapanya berkata yang orang itu dari Mesir dan dia adalah orang Islam. Sewaktu mula mendengar perkataan ‘Islam’, beliau berfikir ‘orang Islam adalah kafir, penculik, pengebom, terroris dan orang yang tidak beriman’. Beliau memberitahu bapanya tentang apa yang beliau dengar selama ini tentang Islam dan orang Islam. Antaranya ialah orang Islam tidak percaya adanya tuhan, orang Islam menyembah sebuah kotak hitam di padang pasir, orang Islam mencium tanah lima kali sehari. Continue reading Yusof Estes dan Micheal Jackson: Bukti Hidayah Adalah Urusan Allah

Cuti yang berfaedah…

imgp3380.JPG

Semasa memberi ceramah motivasi kepada adik-adik peserta Kem Tahfiz 08, anjuran Masjid UIA baru-baru ini .Tahniah kepada ibu bapa yang telah membuat keputusan yang bijak dengan menghantar anak-anak untuk menyertai kem seperti ini. Syabas untuk adik-adik kerana mengisi waktu cuti dengan program yang bermanfaat..

Musim cuti sekolah telah bermula…kebetulan juga beberapa IPT tempatan juga turut cuti sem.Kesempatan cuti inilah peluang untuk para pelajar isi dengan “sesuatu”..Bagi mereka yang telah membuat perancangan awal, sudah tentu cuti ini akan padat dengan pelbagai aktiviti yang memberi manfaat, sama ada untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan yang terlebih utama untuk umat dan agama…Bagi yang terlupa untuk membuat perancangan awal, dan terus terlupa untuk merancang, kemungkinan hari-hari cuti ini akan berlaku begitu sahaja tanpa disangka…Jadi, masih belum terlewat rasanya…ayuh, rancang pengisian waktu cuti kita…kemungkinan sudah terlambat..tapi pepatah cina ada mengatakan:

“Waktu terbaik untuk menabur benih adalah sepuluh tahun yang lepas,

waktu kedua terbaik ialah hari ini….”

“Kita mampu membeli jam yang mahal, tapi kita tidak boleh membeli mahalnya waktu”…(modaris)

Antara 21 Ogos, 26 Ogos, 31 Ogos & I Ramadhan

Dunia hari ini menyaksikan umat Islam kini sibuk dengan pelbagai urusan. Kadang-kadang, kita memberikan perhatian kepada sesuatu urusan sehingga terlupa urusan yang lain. Ada urusan lain yang lebih penting, tetapi kita abaikannya dek kerana sibuk dengan urusan yang kurang penting malah ada yang tidak penting langsung. Contoh ringkas, sebahagian kita mengikuti perkembangan artis itu dan ini. Apa makanan kegemerannya? Apa hobinya? Siapa aweknya? Apa gosip terbaru? Bila mahu berkahwin? Kenapa baru berkahwin tetapi sudah bercerai? Dan macam-macam lagilah yang kita ikuti tentang perkembangan artis yang kita minat. Tetapi, jika ditanya tentang peribadi Nabi Muhammad, sejarah hidupnya, makanan kegemarannya, cara hidupnya dan lain-lain lagi,tersekat-sekat untuk menjawab. Atau pun kita lebih kenal peribadi artis, dari mengenali diri sendiri. Sebab itu, orang yang cemerlang, dia mengetahui apakah perkara yang patut diberi keutamaan dan yang sebaliknya. Continue reading Antara 21 Ogos, 26 Ogos, 31 Ogos & I Ramadhan

Mari sokong bisnes Muslim

dscf0004.JPG

Ketika promosi dan menjual buku di Seminar Guru-Guru Kaunseling peringkat Kebangsaan…. 

Apabila saya menyebut keperluan umat Islam tolong-menolong antara satu sama lain dalam soal ekonomi, ada yang menyatakan hal ini tidak patut disebutkan, nanti akan difahami oleh sesetengah pihak sebagai ‘perkauman’. Pandangan itu diberikan kepada saya kerana saya ingin menggalakkan masyarakat muslim membantu sedaya mungkin membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh saudara-saudara muslim kita. Saya katakan; saya tidak menyuruh memulaukan barangan ‘orang lain’. Saya cuma mengajak agar diberikan keutamaan disebabkan beberapa faktor. Antaranya; keadaan ekonomi umat Islam yang agak ketinggalan terutama di sudut sebagai kuasa pengeluar. Sedangkan kita mempunyai kuasa membeli yang agak tinggi. Juga seperti yang kita maklumi, pembabitan umat Islam di tanahair kita dalam bidang perniagaan masih dalam keadaan yang tidak kukuh Continue reading Mari sokong bisnes Muslim

“Dr. Ayam” = Fasiq @ Munafiq?

Sejak kebelakangan ini heboh diperkatakan tentang “Dr. Ayam”. Istilah ini diberikan kepada mereka yang menggunakan gelaran “Doktor”, kononnya mendapat PhD, tetapi sebenarnya tidak…atau dalam bahasa yang lain mereka ini “menipu” atau “berbohong” dengan bertopengkan  pakaian akademik. Untuk mengetahui pembongkaran isu ini dengan lebih lanjut, anda dijemput untuk melayari http://www.fadzliyusof.com/ dan blog Sifu Puan Ainon.

Pendedahan yang dibuat beberapa kali olah pihak TAMRIN (Pertubuhan Perunding Latihan & Motivasi Muslim Malaysia) telah membuka mata beberapa pihak. Malah ada yang terkejut dengan pendedahan ini. Masakan tidak..Ada individu-individu  yang disenaraikan adalah mereka yang telah sedia popular. Menjaja nama dengan menggunakan gelaran Dr. Berceramah sana sini. Menulis itu dan ini. Memberi tips-tips begitu dan begini. Orang ramai pun sudah meyakini yang mereka sudah ada PhD. Tetapi, setelah disiasat dan dicari, tak wujud pun universiti. Atau tak pernah belajar sampai PhD. Malah ada yang lebih dahsyat, tidak ada pun degree. Hai….apa nak jadi???? Continue reading “Dr. Ayam” = Fasiq @ Munafiq?