Category Archives: Catatan Kembara

Diari 9906- Episod 14

Telah lama rasanya saya tidak siarkan sambungan kepada catatan Diari 9906. Siri yang terakhir ialah episod yang ke-13. Ramai juga teman-teman yang bertanya bilakah lagi sambungannya? Bersempena dengan musim haji ini, maka saya rasa elok juga untuk disiarkan episod sambungannya. Semoga ada sedikit manfaat untuk mereka yang mahu mengambilnya…

haji naik bas

Gambar hiasan

Episod 14
Menyertai pasukan penyelidik USM melakukan kajian

Kebetulan pada musim haji kali ini (tahun 2006), sepasukan penyelidik yang terdiri daripada pensyarah-pensyarah dan pegawai dari Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang datang untuk membuat kajian. Kajian yang dilakukan ini adalah menyentuh beberapa aspek penting tentang pengurusan pada musim haji. Kajian ini adalah dengan kerjasama Pusat Kajian Haji, Arab Saudi. Aku difahamkan kajian ini telah dijalankan sejak beberapa tahun yang lalu. Tahun ini adalah fasa untuk melakukan kajian di Mekah sendiri secara lebih terperinci dan ianya melibatkan kaji selidik secara langsung dengan para jamaah haji. Diantara aspek kajian yang disentuh ialah tentang sistem pengangkutan pada musim haji, sistem aliran pergerakan jemaah haji, pengurusan di Mina dan Arafah, kebajikan para jemaah haji wanita dan beberapa aspek yang lain.

Continue reading Diari 9906- Episod 14

Diari 9906 (Episod 13)- Di Mana Hikmah Di Dalam Dakwah?

 

15/12/06

 

 

Di mana hikmah di dalam dakwah???

maulid-nabi.jpg

Tempat yang dikatakan sebagai tempat kelahiran Nabi Muhammad 

Hari ini adalah hari kedua aku bertugas sebagai penterjemah di Bukit Thur. Selepas selesai bertugas, aku pulang ke asrama untuk berehat sebentar. Selepas menjamah hidangan tengah hari, aku dan beberapa orang teman terus pergi ke Masjid al-Haram. Memandangkan waktu solat Asar masih lama lagi, kami terus ke tempat yang dikatakan tempat kelahiran Nabi saw (Maulid Nabi). Rumah ini terletak berdekatan dengan kawasan Masjid al-Haram. Dahulu, di tempat ini pernah didirikan sebuah masjid oleh al-Khaizuran iaitu pada zaman pemerintahan Abbasiyah. Kemudian ia digantikan dengan dibina sebuah perpustakaan awam. Pembinaan perpustakaan ini dilakukan dengan keputusan dan pembiayaan Syeikh Abbas Qattan pada tahun 1370H/1950M. Perpustakaan ini kekal sehingga sekarang (ketika diari ini ditulis iaitu pada 2006) dan dikenali sebagai “Maktabah Makkah al-Mukarramah”. Melawat tempat ini bukanlah suatu sunnah yang dituntut. Malah, ia boleh jadi suatu kesalahan jika disertai dengan kepercayaan atau amalan khurafat yang tertentu.

Di tempat ini juga ada satu kumpulan yang ditugaskan sebagai penterjemah dan memberi penerangan kepada para jamaah haji yang datang melawat. Disebabkan kawasan ini terletak berdekatan dengan Masjid al-Haram, jadi tidak putus-putus jemaah haji yang datang melawat. Oleh sebab itu, petugas di sini diletakkan sepanjang masa secara bergilir-gilir dari pagi sampai malam. Sementara ada di sini, aku juga turut membantu mereka untuk memberi penerangan kepada orang ramai yang datang melihat tempat tersebut.

20061213649.jpg

Penulis bersama beberapa orang sahabat yang bertugas di Maulid Nabi bertolak pulang ke asrama selepas solat Isyak (Dari kiri: Penulis, Murad (Rusia), Tirmizi (Malaysia), Abdul Rahman (Thailand).. 

Diringkaskan cerita, dalam ramai-ramai orang yang datang melawat tempat tersebut, ada seorang lelaki -kalau tidak silap jemaah haji dari India- yang datang menghampiri bangunan maktabah ini. Kemudian dia mengusap dinding bangunan ini dengan tangan dan terus menyapu di badannya. Biasanya perbuatan seperti itu dilakukan dengan tujuan untuk mengambil keberkatan dan kepercayaan-kepercayaan lain. Ternyata, memang perbuatan itu salah dari segi agama kerana tidak ada dalil yang jelas menyebut tentangnya. Continue reading Diari 9906 (Episod 13)- Di Mana Hikmah Di Dalam Dakwah?

Diari 9906 (episod 12)

 14/12/07

Menjadi “penunggu” Bukit Thur

bukit-thur-2.jpg

Pemandangan Bukit Thur. Di atas bukit inilah terletaknya Gua Thur, tempat persembunyian Rasulullah s.a.w dan Abu Bakar, sebelum meneruskan perjalanan hijrah ke Madinah. 

Beberapa hari sebelum ini, ketika kami sedang belajar, seorang pegawai dari bahagian pentadbiran institut ini masuk ke dalam kelas. Selepas meminta izin daripada pensyarah yang sedang mengajar, beliau memaklumkan tujuan kehadirannya. Menurutnya, pihak Rabitah ‘Alam Islami dengan kerjasama Jabatan Amar Ma’ruf & Nahi Mungkar, Arab Saudi sedang mencari khidmat penterjemah sempena musim haji tahun ini.

Dengar sahaja pengumuman tersebut, terus terlintas dalam hati aku, ini peluang baik untuk aku belajar dan tambah pengalaman baru. Aku terus ajak dan beri galakan kepada kawan-kawan Malaysia yang lain. Selepas borang diedarkan,  kami pun bersama-sama mengisi borang.

Selang dua tiga hari, keputusan nama-nama yang terpilih sebagai penterjemah diumumkan. Hanya dua pelajar dari Malaysia yang terpilih; aku dan seorang lagi kawan, Mohd Tirmizi. Khidmat kami diperlukan sebagai penterjemah kepada jamaah haji yang datang dari Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Selatan Thailand.

Aku bersama pelajar-pelajar dari negara lain yang turut terpilih dibawa ke pejabat Jabatan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar. Sampai di sana kami pun diberi sedikit taklimat ringkas dan diagihkan lokasi tempat kami bertugas. Aku ditugaskan di lokasi Bukit Thur, manakala Tirmizi ditempatkan disekitar perkuburan Ma’la. Terdapat dua orang lagi pelajar yang turut ditempatkan untuk bertugas di Bukit Thur. Abdul Kadir Abdul Haq dari Pakistan dan Burhanudin dari Togo, Afrika.

Hari ini, kami pun memulakan tugas. Pagi-pagi lagi, selepas solat Subuh, aku bersama Abdul Kadir dan Burhanudin bertolak ke Bukit Thur dengan teksi. Sampai di sana kami pun melaporkan diri dengan pihak Jabatan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar yang ditugaskan disana. Aku dapati, bukan kami bertiga sahaja yang bertugas di sini, tetapi terdapat beberapa orang lagi yang turut terlibat. Seorang pegawai polis juga ditempatkan di kawasan kami bertugas. Continue reading Diari 9906 (episod 12)

Diari 9.9.06 (Episod 11)

 7 Syawal 1428

Pengajian bermula semula seperti biasa.

dsc00135.JPG 

Suasana di dalam kelas… 

Setelah hampir 2 minggu lebih bercuti, hari ini pengajian bermula seperti biasa. Namun begitu, kenangan terindah hari-hari Ramadhan masih lagi terbayang di mata dan bermain-main di fikiran..Bila lagi peluang itu akan aku lalui?

Hari ini aku berjumpa semula dengan kawan-kawan sekelas yang lain. Semestinya suasana kelas hari ini menjadi riuh rendah. Masing-masing ada cerita mereka tersendiri. Terpancar kegembiraan di wajah rakan-rakanku..Tidak kurang juga yang masih kesedihan teringatkan anak-anak dan isteri yang ditinggalkan. Walau apa pun perasaan yang melanda, kehidupan di sini harus diteruskan. Perjuangan masih belum selesai. Kami kembali menjadi seorang pelajar. Kitab-kitab dibuka semula. Helaian demi helaian perlu dibaca. Dengan para masyaikh kami mengadap muka. Mendengar huraian dan penjelasan yang nyata.

22/11/06

Peperiksaan Pertengahan Semester bermula.

Bukan nama pelajar jika tidak ada peperiksaan. Justeru, di pertengahan semester ini, kami perlu menghadapi satu peperiksaan. Sama macam di UIA juga, ada mid-term exam. Hari ini adalah hari pertama bermulanya peperiksaan. Continue reading Diari 9.9.06 (Episod 11)

Diari 9.9.06 (Episod 10)

Agak sudah lama saya tidak paparkan catatan Diari 9.9.06 (Pengalaman Kembara Ke Tanah Suci)..Untuk siri ke-9 kali ini, saya akan berkongsi pula cerita dan pengalaman menyambut hari raya di sana…

1 Syawal  (23/10/06): Kali pertama menyambut Aidilfitri di perantauan

Pagi 1 Syawal ini, aku pagi-pagi lagi telah bersiap untuk ke Masjid al-Haram.Lebih kurang pukul 3 pagi, aku sampai. Waktu ini Masjid al-Haram masih lagi belum sesak. Aku mengambil tempat di tingkat atas (bumbung) masjid. Aku ambil keputusan untuk datang awal, sebab takut-takut tidak ada tempat di dalam masjid nanti. Menurut pengalaman, kawan-kawan yang sudah lama di sini, macam itulah ceritanya. Kalau datang lambat sikit, alamat solat diluar lah..Pukul 4 pagi, masjid mulai sesak. Berpusu-pusu umat Islam dari segenap ceruk datang membanjiri masjid. Masing-masing dengan pakaian yang serba kemas dan bersih. Kebanyakkannya memakai jubah putih dan syimag (serban) yang merupakan pakaian rasmi bagi bangsa Arab. Termasuk juga aku. Jubah putih yang baru aku beli semalam, dirasmikan hari ini..Nak pakai baju melayu bersampin, nampak sangat janggalnya nanti. Bukan aku lupakan identiti orang Melayu, tapi saja nak meraikan suasana tempat baru. Tapi ingat, adat boleh dirai, aqidah dan ibadat tiada kompromi. Mesti ikut syariat dan sunnah Nabi. Continue reading Diari 9.9.06 (Episod 10)

Terkenang Ramadhan di Dua Tanah Suci

Rasanya belum terlambat lagi untuk saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini: Selamat Hari Raya ‘Idul Fitri. Semoga ibadah Ramadhan kita semua diterima.

“Ingin sekali diri untuk redhakan hati semua manusia,

tapi…apakan daya, daku juga insan biasa,

adakala tersilap, adakala terleka,

kadang-kadang ada bicara mengguris rasa,

ada tindakan mengundang kecewa,

ada fikiran tersalah sangka…

dikesempatan yang mulia ini,

doa dipohon ke hadrat Ilahi,

maaf dipinta dari insani,

moga kita tetap bersatu hati…

Lebaran Syawal dirai…bukan beerti tarbiyah Ramadhan dilupai,

Salam Aidilfitri untuk semua yang dikenali,

Semoga amalan diterima Ilahi…

(telok wang, 1 syawal 1429, 1.30 pg)

Semasa membuat persiapan untuk menyambut Idul Fitri di kampung sehari sebelum hari raya, saya terkenang kembali hari-hari terakhir Ramadhan ketika di bumi Haramain…Mungkin sedikit paparan beberapa kisah berikut dapat memberikan sesuatu untuk anda semua. Ikuti kisah ini dalam siri Diari 9.9.06 (Episod 8)….

Kenangan hari-hari terakhir Ramadhan di bumi Haramain

 

Sempena ketibaan 10 terakhir Ramadhan, institut tempat aku belajar mengishtiharkan cuti. Ini bagi memberi peluang kepada para pelajar dan pensyarah mengisi hari-hari yang penuh berakah ini dengan sebaik mungkin. Aku rasa sekolah-sekolah dan universiti lain di sini juga turut sama cuti.

Inilah kali pertama aku dapat merasai dan mengalami suasana 10 terakhir Ramadhan di bumi bertuah, tempat terletaknya dua tanah suci dan dua masjid al-haram; Masjid al-Haram di Mekah dan Masjid al-Nabawi di Madinah. Pelbagai peristiwa menarik berlaku. Pelbagai pengalaman baru yang aku alami. Pelbagai perasaan yang turut dirasai. Mengimbau kembali semua kenangan terindah ini, membuatkan hati kecil aku sentiasa berdoa semoga ianya bakal berulang lagi di masa-sama akan datang..Ya Allah, janganlah Engkau haramkan kami dari menjadi tetamuMu di bumi al-Haramain…Ya Allah..semoga ini bukanlah peluang terakhir yang Engkau berikan kepada daku…

Dalam catatan kembara kali ini, aku hanya akan kongsi beberapa sahaja peristiwa menarik yang aku alami. Yang lain, biarlah ia menjadi simpanan kenangan dalam lipatan sejarah hidupku..Moga-moga apa yang dikongsi ini, kemungkinan ada disebaliknya secebis pengalaman yang menjadi sumber inspirasi dan contoh teladan buat para pembaca. Continue reading Terkenang Ramadhan di Dua Tanah Suci

Diari 9.9.06 (siri 7)

 Jemputan Iftar bersama Syaikh Dr Ibrahim al-Bisyr

28/9/06

Selepas solat Zohor hari ini, tiba-tiba handphone aku berdering..Kring…kring..(dengan nada dering telefon lama). Aku perhatikan nama di skrin, tertera “Syaikh Ibrahim”. “Ada apa ni? Hatiku tertanya-tanya. Lalu aku terus menjawab panggilan tersebut.. Seperti biasa, telah menjadi adat kebiasaan orang Arab, selalu bertanya khabar dan hal keadaan kita dengan panjang lebar dalam pelbagai bentuk soalan. Lalu, beberapa minit pertama perbualan telefon kami ini dipenuhi dengan masing-masing saling bertanya khabar dan mendoakan antara satu sama lain…Selesai semua itu, barulah kami masuk maudhu’ (tajuk) tujuan utama dia menelefon aku. Rupa-rupanya dia ingin menjemput aku dan kawan-kawan dari Malaysia untuk iftar di rumahnya. Apa lagi…Jemputannya ini aku sambut dengan tangan terbuka. Kecil tapak tangan, gunung Uhud kami bentangkan (maaf,peribahasa ini diubah sedikit sesuai dengan bumi Arab Saudi ini)..Undangan sebegini memang ditunggu-tunggu oleh kami yang menjadi perantau di negeri orang. Inilah untung nasib perantau. Apatah lagi, penuntut ilmu seperti kami, yang tidak mempunyai sumber kewangan lumayan..Ada saja cara yang digunakan untuk menjimatkan perbelanjaan…Nantilah, mungkin dalam siri-siri lain aku akan ceritakan bagaimana cara kami jimatkan perbelanjaan sepanjang berada di bumi Mekah ini. Continue reading Diari 9.9.06 (siri 7)

Diari 9.9.06 (Episod 6)

 

 

Menyambut Ramadhan di Tanah Suci Mekah

 

Hari ini 22/9/2006 adalah bersamaan dengan 29 Sya’ban. Kemungkinan esok akan bermulanya 1 Ramadhan. Seperti biasa, petang ini aku bersama teman-teman pergi ke Masjid al-Haram untuk solat Maghrib dan Isya’. Selesai solat Maghrib, seperti rutin harian, aku ikuti kelas pengajian Syaikh Abd al-Rahman al-‘Ajlan, salah seorang tenaga pengajar di Masjid al-Haram. Sambil mendengar huraian yang disampaikan oleh Syaikh Abd al-Rahman, jauh disudut hati, aku tertanya-tanya adakah esok puasa atau pun tidak. Aku dapat merasakan bukan aku sahaja yang ternanti-nantikan jawapannya, malah ramai lagi umat Islam yang berada di Masjid al-Haram ini turut berkongsi perasaan yang sama. Aku mencuri dengar perbualan orang lain. Ternyata mereka juga tertanya-tanya soalan yang sama. Adakah esok bermulanya 1 Ramadhan?

 

Menurut mereka yang telah lama berada di Mekah ini, tarikh 1 Ramadhan akan diketahui berdasarkan pengumuman yang dibuat di radio dan di tv. Satu lagi cara ialah dengan menantikan tembakan meriam beberapa das antara waktu Maghrib dan Isya’ yang akan dapat didengari dari Masjid al-Haram. Aku perhatikan malam ini kehadiran jemaah di Masjid al-Haram lebih ramai dari hari-hari sebelumnya. Kemungkinan, masing-masing tidak mahu terlepas solat tarawih malam pertama ini. Continue reading Diari 9.9.06 (Episod 6)

Diari 9.9.06 (episod 5)

 

Hadiah Pencetus Mahabbah…

15 /9/2006

nokia.jpg

 

 

Benarlah kata Rasulullah saw:

((?????? ??????))

Kamu saling memberi hadiah, nescaya kamu akan saling berkasih sayang“. (Riwayat al-Bukhari di dalam al-Adab al-Mufrad, no 462)

Aku benar-benar merasai kebenaran kata-kata Nabi saw ini. Terbaru, hari ini 15 September 06, apabila aku mendapat hadiah suatu yang tidak pernah ku sangka, walau pun ia mungkin kecil dari kaca mata orang yang tidak merasa, dari seseorang yang tidak pernah ku duga, dan ianya berlaku ibarat sekelip mata, di bumi kelahiran tuan empunya sabda, Makkah al-Mukarramah negeri barakah penuh lagenda.

Aku sudah mengenali sahabat ini telah lama, hampir 6 tahun yang lalu. Tetapi ia hanya sekadar perkenalan. Kami bukan dari kampung yang sama. Kami bukan dari daerah yang sama. Kami bukan dari negeri yang sama. Kami juga bukan dari sekolah yang sama. Malah kami juga bukan dari universiti yang sama. Tetapi yang menjadi jambatan silaturahim antara aku dan sahabat ini ialah abangnya. Aku dan abangnya pernah  belajar di Matrikulasi UIA. Kami memang rapat dan banyak “aktiviti-aktiviti” yang kami terlibat bersama. Aku pernah beberapa kali menziarahi rumahnya dan bermalam di situ. Di sinilah aku diperkenalkan dengan sahabat ini. Aku mula mengenali namanya, tetapi belum lagi peribadinya. Semenjak perkenalan ini, kami tidaklah selalu berhubung sangat. Tetapi aku menganggap dia adalah salah seorang ‘kenalan’ aku.

Walaupun kami jarang berhubung, tetapi aku sedikit sebanyak mengetahui perkembangan tentang sahabat ini melalui sembang-sembang dengan abangnya, khususnya yang berkaitan dengan pendidikan. Aku tahu dia dapat belajar di Kusza, belajar di Lubnan dan akhirnya dapat menyambung pelajaran di Universiti Islam Madinah. Tetapi seperti yang aku katakan, aku hanya sekadar tahu.

Namun, kata-kata ini ada kebenarannya: “Even if I didn’t see you, even if we have less talks, less hellos and salam, less stories and less greeting….always remember that our relationship never be less!”.

Seingat aku, sepanjang aku belajar di UIA, Gombak, kami tidak pernah berjumpa (minta maaf kalau ana terlupa). Sehinggalah pada bulan Julai 06 yang lalu. Ketika itu, pelajar Madinah pulang bercuti. Kebetulan pada waktu itu juga aku terlibat dalam menguruskan satu kursus yang dianjurkan dengan kerjasama Rabitah Alam Islami (Muslim World League, Mekah) yang diadakan di negeri sahabat ini. Di sini kami berjumpa semula, tanpa dirancang. Aku masih ingat, malam itu aku baru mula melelapkan mata kerana kepenatan. Tiba-tiba aku diberitahu yang sahabat ini datang. Bingkas aku bangun dan menyambut kedatangannya. Kami bersembang malam itu begitu rancak. Sahabat ini menceritakan keadaannya sekarang. Aku seakan-akan tidak percaya kerana ada di antara ceritanya adalah yang bersifat peribadi, yang selalunya tidak diceritakan kecuali kepada orang-orang yang rapat. Tetapi entah kenapa, aku rasakan kami memang rapat walau pun aku jarang berhubung dan bertemunya.

Aku mula mengenali sedikit demi sedikit tentang peribadinya. Aku kenal bahawa sahabat ini adalah seorang yang peramah dan ceria. Semenjak itu, sekali sekala kami berhubung melalui sms dan telefon.

Diringkaskan catatan ini, pada 14/9/06 kami bertemu semula. Bertemu semula di negeri kelahiran Baginda, negeri barakah penuh mulia, medan perjuangan generasi pertama, adanya Masjid al-haram pahala berganda, Makkah al-Mukarramah yang penuh lagenda.

Aku terkejut yang kedatangannya dari Madinah untuk singgah di Jeddah. Tetapi apabila dia tahu aku ada di Mekah, dia terus mengambil keputusan datang ke Mekkah untuk bertemu. Aku sangat gembira di atas kedatangan sahabat ini. Malam itu, kami bersembang sehingga dinihari, hampir 2 pagi hinggalah kami terus tertidur di rumah PPM (Persatuan Pelajar Malaysia, Mekah). Pelbagai khabar cerita dan pengalaman yang kami berkongsi bersama.

Malam esoknya (15/9/06), kami keluar untuk makan malam bersama. Dia perkenalkan aku dengan satu lagi produk Muslim yang menjual ayam ala-ala KFC. Aku dibawa ke restoran makanan segera AL-BAIK. Rasanya boleh tahan. Malahan, dari pemerhatian aku, restoran ini lebih sesak dipenuhi oleh pelanggan jika dibandingkan dengan restoran KFC dan PIZZA yang ada di Mekkah ini.

321833974.jpg

Selesai menikmati makan malam, kami terus pergi ke satu kawasan yang banyak mempunyai deretan kedai telefon. Pekan Aziziyah memang terkenal dengan pusat jualan handphone di Mekah ini. Setiap malam, ramai yang akan memenuhi kawasan ini kerana adanya jualan lelong handphone2 terpakai. Sahabat aku tadi hanya  ingin membeli sim card yang baru. Tiba-tiba, seperti tidak percaya apabila dia sebut: “Mai sini, ana nak hadiah handphone kat anta. Pilih la yang mana suka”. Pada mulanya aku anggap dia hanya bergurau. Aku hanya senyum dan buat endah tak endah saja. Tapi dia menarik tangan aku dan minta aku pilih handphone mana yang  suka. Rupa-rupanya ini bukan lagi ‘coobaaan…’. Tetapi ini betul-betul.

Tiada kata-kata lagi yang dapat aku susun untuk menggambarkan rasa gembira dan terima kasih ku kepada sahabat ini. Aku semakin kenal lagi peribadi sahabat ini. Dia seorang yang tidak berkira, tidak lekok, pandai meraikan sahabat dan suka menolong.

Sepanjang 2 hari kami bertemu di Mekah ini, banyak juga ilmu dan nasihat yang diberikan.  Aku bersyukur kerana bertambah lagi sahabat yang suka memberi nasihat kepada aku. Aku doakan semoga Allah membalasnya dengan kebaikan di dunia dan akhirat. Semoga dia juga dipertemukan dengan seorang insan yang bakal menjadi penyejuk mata, penawar derita, isteri solehah peneman setia -semasa aku tulis catatan ini, dia masih bujang. Tapi, sekarang dia sudah pun bergelar seorang ayah-. Semoga persahabatan kami terus berkekalan dan dirahmati. Semoga perkenalan ini kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah.

Terima kasih, Khairi Md. Jahya.!

copy-of-image142.jpg

dsc00374.JPG

p/s: Catatan ini ditulis bukan sekadar untuk merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Akh Khairi sahaja, tetapi untuk menggambarkan bagaimana manisnya kehidupan ini  apabila kita mengaplikasikan amalan sunnah. Antara sunnah Rasulullah saw ialah memberi hadiah. Ia boleh digunakan dalam membantu keberkesanan dakwah, khasnya dakwah fardiyah dan untuk mengeratkan lagi ukhuwah. Hadiah tidak semestinya yang mewah.Tapi, cukup sesuatu pemberian tanda ukhuwah yang akan mencetuskan mahabbah….

Diari 9.9.06 (episod 4)

depan-rabitah.jpg

Bahagian hadapan bangunan pentadbiran Rabitah ‘Alam Islami 

Hari pendaftaran

11/9/06- Hari ini aku dan kawan-kawan Malaysia yang lain akan mendaftar di Ma’had I’dad al-Aimmah wa al-Duat (Institute for Training of Imam and Preachers). Institut ini merupakan salah satu institusi pendidikan yang diuruskan oleh Rabitah ‘Alam Islami (Muslim World League), Mekah al-Mukarramah. Lokasinya terletak di Umm al-Jud (jalan lama dari Mekah ke Jeddah). Bagi yang pernah ke Mekah, tempat ini terletak berhampiran dengan Muzium al-Haramaian.

Setiap tahun, institut ini akan memilih lebih kurang 80 orang pelajar pelbagai negara dari seluruh dunia. Alhamdulillah, untuk sessi pengajian kali ini, aku antara yang terpilih bersama 5 orang pelajar Malaysia yang lain Continue reading Diari 9.9.06 (episod 4)